Pada satu malam, dia bermimpi bertemu
Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya.
Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah
padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi,
"Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah
s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu."
Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah
aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau
mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab,
"Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan
membaca sholawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada
bacaan sholawat mereka kepadaku."
Kemudian lelaki itu terbangun
dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca sholawat 100
kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu
dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal
engkau dan aku syafaati engkau."